BEST KER JADI WEDDING PHOTOGRAPHER
Sebut pasal Wedding Photographer, tentu ramai yang terbayang orang yang bawak kamera besar ke hulu ke hilir dan juga dengan lense-lense yang macam lemang tu ke sana dan kemari. Klik-klik dan tangkap gambar pengantin sana sini dan sudah tentu ramai yang menduga..ohh..mesti kaya, job dia ni confirm makan RM3000-RM10,000 sebulan tak lari..
Dugaan korang tu sebenarnya adakalanya betul..
Memang ada sesetengah wedding photographer profesional yang mendapat income sedemikian. Tapi bilangannya mungkin tak berapa ramai. Ramai ke tak tak tahu macam mana nak menilai berapa ramai, tapi kalau nak dicampurkan satu Malaysia, memanglah ramai yang ada. Ramai yang dah berjaya sebenarnya dan tak ramai yang suka mendedahkan diri..ramai yang bersembunyi dibalik tabir sahaja.
Berbalik kepada persoalan aku, pada yang baru nak buat job wedding…best ke jadi wedding photographer.
Semuanya terpulang kepada passion korang terhadap fotografi sebenarnya..kalau korang buat disebabkan duit, rasanya tak lama korang akan berada dalam bidang ni. Menjadi seorang wedding photographer menjadikan korang harus mahir banyak aspek. Segala cabang fotografi korang harus hadapi..street photo, potraiture, strobist, landscape photo, dan banyak lagi yang rasanya tak boleh dilistkan kat sini.
Bukan itu sahaja, seorang wedding photographer sebenarnya harus juga mempunyai minda bisnes dan juga tahap profesionalisme yang sesuai supaya karier sebagai seorang wedding photographer tidaklah dipandang sebelah mata je oleh sesetengah orang. Mungkin ada yang berpendapat, senang je jadi wedding photographer..beli je kamera DSLR, lepas tu beli flash, dan lepas tu dah boleh buat job wedding..
Tapi korang konfiden ke boleh deliver job berkenaan dengan sebetul-betulnya dan adakah pengantin berkenaan berpuas hati dengan gambar-gambar yang diambil? Apa antara gambar-gambar yang wajib diambil semasa perkahwinan? Bagi yang baru pertama kali, sudah semestinya korang tak tahu langsung apakah antara gambar-gambar wajib dan peringkat seterusnya pula adalah proses editing gambar di mana korang harus menjadi seorang graphic designer amatur untuk mereka bentuk album perkahwinan yang korang telah tangkap.
Sebagai seorang yang baru, aku dapat jamin, korang sudah tentu tangkap gambar lebih dari 1000 keping setiap kali ada outing ataupun event yang melibatkan korang perlu menggunakan DSLR korang kan? Terutamanya wedding…bagi photographer yang sudah berpengalaman, mereka sudah tahu apakah antara shot, moment dan juga gambar-gambar yang mereka harus ambil, dan yang mana yang mereka tidak seharusnya ambil…bergantung kepada situasi dan keadaan semasa.
Itu belum masuk lagi dengan soal harga untuk upah bagi seorang wedding photographer. Dah banyak sungguh diperdebatkan..apa pun WPPM sudahpun menetapkan garis panduan yang elok diikut oleh semua wedding photographer yang ada supaya dapat menjaga kualiti seseorang photographer tersebut secara tak langsung. Nilai sendiri hasil kerja sendiri dan cuba tanya pendapat orang lain, atau paling dekat saudara mara sendiri berkenaan album yang korang hasilkan, jika ianya mendapat review yang baik, teruskan dengan mendapat kritikan daripada photographer-photographer yang lama pula, supaya kualiti hasil kerja korang tu dapatlah dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa.
kredit artikel http://www.mohdfairiz.com/.