TERMA DAN SYARAT | AMIR ALIAS PHOTOGRAPHY

TERMA & SYARAT | AMIR ALIAS PHOTOGRAPHY

Kepada pelanggan yang dihormati, anda dinasihatkan supaya membaca terma dan syarat yang telah

ditetapkan oleh pihak Amir Alias Photography . Setelah tempahan dibuat, bermakna anda telah membaca,

memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat telah dinyatakan.

 

ALBUM & PAKEJ

– Harga pakej adalah tetap. (kecuali jika pihak Amir Alias photography  membuat promosi).

– Harga tidak termasuk caj luar kawasan Kulim Kedah

CAJ LUAR KAWASAN (JARAK 2 MARHALAH/90KM DARI KULIM KEDAH)

– Caj luar kawasan mengambil kira kos Petrol, kos Tol & kos Penginapan.

– Caj boleh dirunding & mengikut persetujuan berdasarkan kadar semasa.

 

TEMPAHAN

– Tempahan boleh dibuat 1 bulan hingga 1 tahun sebelum majlis dan tertakluk kepada kekosongan.

– Tempahan rasmi dikira selepas bayaran deposit diterima.

– Deposit akan dikembalikan 50% sekiranya ada pembatalan tempahan yang munasabah dan 50%  deposit lagi

akan disimpan boleh digunakan untuk servis event fotografi akan datang

– Tarikh yang ditempah boleh ditukar selepas tempahan rasmi dibuat bergantung kepada slot tarikh yang hendak ditukar.

Sekiranya principal telah dibook untuk tarikh tersebut,pihak kami akan mengantikan dengan senior photographer team kami.

DEPOSIT & BAYARAN

– Bayaran boleh dibuat menerusi perbankan ‘online’ atau dengan menggunakan mesin ATM.

   (CIMB BANK: 8003784137 – DUNIA KASIH ENTERPRISE)

– Pembayaran hendaklah dibuat dalam 3 peringkat:

     1.  Tempahan Rasmi/Deposit – 30%.

     2.  Sebelum Majlis – 50%.

     3.  Semasa Mencetak Album – 20%.

– Setelah bayaran deposit dibuat, sila sertakan nama penuh,email,alamat dan nombor telefon

– Amir Alias Photography berhak menolak tempahan atas kelewatan deposit.

JURUFOTO

– Amir Alias Photography berhak mewakilkan mana-mana Jurufoto yang difikirkan sesuai untuk bertugas.

– Pertukaran Jurufoto akan dimaklumkan sekiranya berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan seperti kematian/

   kemalangan/ masalah kesihatan/ kecemasan/ kerosakan peralatan.

– Bagi penambahan setiap Jurufoto bertugas akan dikenakan bayaran tambahan RM350.00 (bergantung kepada kehendak

   pelanggan sahaja).

 

FOTO & HAKCIPTA

– Amir Alias Photography akan menggunakan foto pelanggan utk tujuan pengiklanan, perniagaan atauapa-apa tujuan promosi

  yang berkaitan tanpa persetujuan pelanggan.

– Amir Alias Photography berhak menggunakan apa jua medium fotografi untuk mempotretkan detik-detik perkahwinan pelanggan.

– Semua gambar adalah hakmilik Amir Alias Photography

 

PENYEDIAAN ALBUM & PENGHANTARAN

– Tempoh menunggu album adalah antara 1 hingga 3 bulan

– Kelewatan penghantaran akan dimaklumkan kepada pelanggan.

– Penghantaran menerusi Kurier Citilink bergantung kepada keadaan semasa dan keseluruhan kos penghantaran

  adalah ditanggung oleh pihak kami.

 

 

Pihak kami kami akan menyimpan gambar client selama 6 bulan dari tarikh majlis sekiranya pihak pengantin

tidak menuntut gambar selama yg tersebut pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kehilangan gambar.

 

 

 

Sila hubungi Amir Alias Photography  untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan fotografi dan pakej yang disediakan.

Call/Whatsapp : 019-4185836

email : amir.alias@yahoo.com

 

 

Terima kasih.

______________________________________________________________________________________________________________________

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *